Monday, 2 September 2013

Semoga dipermudahkan urusan

 Cikgu cikgi sekolah yang mengajar murid tahun 6 rasanya, masing-masing berdebar-debar dan merasakan waktu yang ada sebelum peperiksaaan UPSR 2013 bermula amat-amatlah berharga, termasuklah pihak admin blog panitia ini sendiri. Segala topik, segala latihan semua nak diberikan kepada murid-murid supaya mereka betul-betul mantap dan tidaklah kecewa dikemudian hari jika tertinggal info atau ilmu yang perlu diberikan.

Walau bagaimanapun, usaha yang dilakukan jika bersungguh-sungguh dan diredhai Allah s.w.t, insya Allah pasti akan ada hasilnya. jika sudah mencuba dan berusaha , namun masih lagi gagal, apakan daya, pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.

Pihak admin blog panitia ingin berkongsi beberapa doa ringkas yang boleh adik-adik amalkan untuk memudahkan urusan sepanjang peperiksaan UPSR nanti. Admin sendiri suatu ketika dahulu, semasa bertugas di pendalaman Sarawak, seringkali mengamalkan doa ini. siap tampal di dinding bilik lagi, maklumla, hidup di pendalaman Sarawak yang memang mencabar ketahanan emosi diri ini.

Jadi adik-adik boleh amalkan supaya tuhan permudahkan urusan adik2 dan semoga adik-adik mendapat suasana peperiksaan yang tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan jayanya..In Sha Allah.

Ada juga satu kisah yang admin dapatkan daripada satu blog lain yang berkaitan dengan doa mudah urusan ini untuk tambahan ilmu adik-adik bersama. Jom baca dan amalkan :

  Pada zaman Nabi Musa AS, Allah SWT memerintahkan Nabi Musa AS pergi kepada Fir’aun kerana Fir’aun adalah seorang Raja yang kejam dan telah melampaui batas. Oleh kerana perkara yang ditugaskan kepada Nabi Musa AS amat besar, maka Nabi Musa AS merayu kepada Allah SWT supaya dilapangkan dada sehingga Nabi Musa AS dapat menghadapi segala rintangan dengan hati yang tabah. 

Nabi Musa AS juga memohon kepada Allah SWT supaya beliau menjadi seorang yang fasih (lancar) berbicara, mudah difahami oleh orang ramai dan dapat mematahkan segala hujah-hujah lawan yang batil.[1] Mari sama-sama kita renungkan kisah Nabi Musa AS, kita boleh juga memohon dengan lafaz apa yang di lafazkan oleh Nabi Musa AS di dalam Surah Toha, ayat 25 hingga 28 :-


Maksudnya :- “Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”. [Toha : 25-28]

Doa Mudah Urusan 

Dan kita boleh menambahkan lagi doa ini :-


Ertinya :- “Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."[2]