Monday, 2 September 2013

Semoga dipermudahkan urusan

 Cikgu cikgi sekolah yang mengajar murid tahun 6 rasanya, masing-masing berdebar-debar dan merasakan waktu yang ada sebelum peperiksaaan UPSR 2013 bermula amat-amatlah berharga, termasuklah pihak admin blog panitia ini sendiri. Segala topik, segala latihan semua nak diberikan kepada murid-murid supaya mereka betul-betul mantap dan tidaklah kecewa dikemudian hari jika tertinggal info atau ilmu yang perlu diberikan.

Walau bagaimanapun, usaha yang dilakukan jika bersungguh-sungguh dan diredhai Allah s.w.t, insya Allah pasti akan ada hasilnya. jika sudah mencuba dan berusaha , namun masih lagi gagal, apakan daya, pasti ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.

Pihak admin blog panitia ingin berkongsi beberapa doa ringkas yang boleh adik-adik amalkan untuk memudahkan urusan sepanjang peperiksaan UPSR nanti. Admin sendiri suatu ketika dahulu, semasa bertugas di pendalaman Sarawak, seringkali mengamalkan doa ini. siap tampal di dinding bilik lagi, maklumla, hidup di pendalaman Sarawak yang memang mencabar ketahanan emosi diri ini.

Jadi adik-adik boleh amalkan supaya tuhan permudahkan urusan adik2 dan semoga adik-adik mendapat suasana peperiksaan yang tenang dan dapat menjawab semua soalan dengan jayanya..In Sha Allah.

Ada juga satu kisah yang admin dapatkan daripada satu blog lain yang berkaitan dengan doa mudah urusan ini untuk tambahan ilmu adik-adik bersama. Jom baca dan amalkan :

  Pada zaman Nabi Musa AS, Allah SWT memerintahkan Nabi Musa AS pergi kepada Fir’aun kerana Fir’aun adalah seorang Raja yang kejam dan telah melampaui batas. Oleh kerana perkara yang ditugaskan kepada Nabi Musa AS amat besar, maka Nabi Musa AS merayu kepada Allah SWT supaya dilapangkan dada sehingga Nabi Musa AS dapat menghadapi segala rintangan dengan hati yang tabah. 

Nabi Musa AS juga memohon kepada Allah SWT supaya beliau menjadi seorang yang fasih (lancar) berbicara, mudah difahami oleh orang ramai dan dapat mematahkan segala hujah-hujah lawan yang batil.[1] Mari sama-sama kita renungkan kisah Nabi Musa AS, kita boleh juga memohon dengan lafaz apa yang di lafazkan oleh Nabi Musa AS di dalam Surah Toha, ayat 25 hingga 28 :-


Maksudnya :- “Ya Tuhanku, lapangilah dada-ku. Dan permudahkanlah segala urusan-ku. Dan ungkaikanlah segala yang tersimpul pada lidah-ku. Dan mudah-mudahan mereka semua dapat memahami segala urusan-ku”. [Toha : 25-28]

Doa Mudah Urusan 

Dan kita boleh menambahkan lagi doa ini :-


Ertinya :- “Ya Allah, Ya Tuhan kami, kurniakan kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah petunjuk kepada kami dalam urusan kami dengan segala petunjuk. Mudahkanlah urusan kami ya Allah, permudahkanlah jangan disulitkan kerana Engkaulah yang Maha memudahkan, segala yang susah adalah mudah bagi-Mu. Ya Allah, sempurnakanlah dengan segala kebaikan, dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai yang paling mengasihani daripada segala yang mengasihani."[2]

Friday, 23 August 2013

Tick Tock Tick Tock...countdown UPSR 2013

sudah agak lama rasanya, tidak meng update blog panitia ni, maklumla, bila dah buat itu dan ini, tidaklah ingat dan berkesempatan untuk memasukkan info2 terbaru..

pejam celik, pejam celik, dah tak lama dah anak2 didik akan menduduki peperiksaan akhir mereka di peringkat sekolah rendah. rasanya tinggal 18 hari sahaja lagi sebelum adik-adik bertarung dengan soalan-soalan bagi menguji kemahiran dan pengetahuan mereka. 

bagi pihak sekolah dan panitia sains dan matematik khususnya, All The Best untuk kalian semua.. All Out untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang nanti...usaha biarlah lebih, sikap dan peribadi haruslah sentiasa dijaga, doa mestilah berterusan, mohonlah restu kedua ibu bapa dan bertawakallah kepada yang Esa kerana sesungguhnya hanya Dialah penentu segala-galanya..

untuk adik-adik, hayatilah pesanan ringkas ini:





THE BEST OF LUCK !!!

Monday, 11 March 2013

SISTEM SURIA - PLANET-PLANET

Tema bumi, dan alam semesta memang agar sukar untuk difahami oleh sebahagian murid-murid. Tema ini sebenarnya setiap tahun bermula dari tahun 4 hingga tahun 6 cuma pengetahuannya atau kandungannya agak berbeza walaupun ketiga-tiga tahun saling berkait. Untuk murid tahun 5, kebolehan untuk mengingat kedudukan planet mengikut susunannya mungkin agak sukar. Justeru, admin berfikir kenapa tidak mencipta satu formula untuk adik-adik muah mengingatinya. Jom kita layan gambar dan formula mengingat di bawah:


Planet-planet dalam sistem suria. Matahari adalah pusat sistem suria

Admin dah ajar murid-murid di dalam kelas cara nak ingat nama planet  caranya ialah:

Usop : Utarid
Zura: Zuhrah
Bawa: Bumi
Minyak: Mars
Masak: Marikh
Zaiton: Zuhal
Untuk: Uranus
Naik: Neptun
Pelamin: Pluto

Walaupun Planet Pluto sudah dikatakan tiada lagi. tapi formula tu memudahkan bagi murid mengingat, jadi admin pesan la kat anak-anak didik yang Pelamin tu hanyalah sekadar penyeri ayat..hihihi..Yang versi BM ni, Admin akan tampal dalam bilik sains bersama ciri-ciri setiap planet supaya adik-adik senang ingat bila selalu baca. InsyaAllah, bila dah siap hias, nanti Admin uploadkan dalam blog panitia ni..tungguuu...

Kalau zaman dolu2, admin ajar dalam bahasa inggeris (ppsmi), formula dalam bahasa inggeris la yang admin selalu ingat, tapi kalau adik-adik nak tahu versi inggeris pun lagi bagus, lagi banyak ilmu kita ada, lagi baguskan :

Maria: Mercury
Veronica: Venus
Eats: Earth
Mango: Mars
Jelly: Jupiter
Secretly: Saturn
Under: Uranus
Near: Neptune
Papaya: Pluto
Tree

Thursday, 7 March 2013

LAWATAN KE PLANETERIUM KT

Baru-baru ni, sekolah telah mengadakan lawatan bermaklumat ke Planeterium Kuala Terengganu dan Pesta Buku 2013. SEmua murid kecuali tahun 1 telah bersama-sama mengikuti dan merasai pengalaman bermain sambil menambahkan ilmu di Planeterium tersebut.

Adik Nor Aida dan Adik Nur Aisyah dengan pose menarik mereka naik ke bilik tayangan


Adik Nor Aida dan Adik Nur Syazlin Azreena dengan gaya "Jemput masuk ke PSKT"



Taklimat ringkas oleh wakil PSKT


Bergambar kenangan sebelum bertolak ke Batu Buruk untuk menikmati makan tengah hari


Bakal angkasawan bersama ibu...hihihi..AMIN..

Wajah-wajah riang dan gembira murid-murid terpancar kerana dapat menjejaki ke PSKT dan dapat membeli belah di Pesta Buku 2013. Dan yang paling teruja, murid-murid Jenang dapat menaiki bas bersama-sama walaupun bas agak uzur..hahaha..itulah namanya kanak-kanak, tiada yang penting selain hati RIANG GEMBIRA....

Sunday, 3 March 2013

Karnival sains 2012

Sekolah telah menghantar wakil untuk menyertai 3 pertandingan sempena Karnival Sains peringkat Daerah yang bertempat di SK Marang. 3 pertandingan tersebut ialah Eureka, Bercerita sains dan saintis muda. Oleh kerana admin baru sahaja ada masa nak luangkan masa berblog, jadi aktiviti di bawah panitia tahun lalu/ 2012 baru dapat di publishkan.
Panitia sains dan matematik berasa agak bangga walaupun ilmu dan kemahiran amat-amatlah cetek, namun SKJ dapat juga pulang dengan trofi tempat kedua dalam pertandingan Eureka. Untuk tahun 2013 ini, admin harap panitia dapat mengasah bakat anak Jenang untuk muncul juara. InsyaAllah..

Adik Nursyazlin Azreena memulakan cerita.

   

 
Cikgu Farrah Sulyana juga datang membantu menemani adik Nursyazlin sementara menuggu giliran


Adik Nur Fatanah Nadiah dan Adik Nur Safura kusyuk mengira ayunan bandul



Dalam seluas-luas dewan, tempat terselit inilah menjadi pilihan


Sedang menyiapkan kerja-kerja akhir sebelum masa tamat


Cikgu Tengku Haslida dan Cikgu Salmah bergambar kenangan bersama-sama di akhir pertandingan. Rumahnya tak secantik dan sekemas mana namun ciri-ciri tenaga yang dapat diaplikasikan menjadi asas kepada kejayaan SKJ mendapat tempat kedua. Kalau tengok betul-betul cara keratan dan kekemasan rumah, aduish...tak lulus..hihihi..tapi bersyukur, alhamdulillah.. : )




Saturday, 2 March 2013

Panitia dah ada Blog sendiri

setelah merasakan panitia perlu ada blog sendiri supaya, segala maklumat semasa dan info2 yang dikongsikan dapat manfaat bersama..akhirnya, ketua panitia bekerja keras belajar untuk menghasilkan blog panitia sendiri..dan inilah hasilnya..